top of page

Mercedes-Benz Penaja Baru untuk LoL Worlds Tahun 2017 ???


Pada minggu lepas, beberapa organisasi berita daripada negara China telah melaporkan bahawa syarikat Mercedes-Benz, L’Oreal Men Expert, Logitech G, Intel, dan syarikat tenusu China iaitu Yili akan menjadi penaja utama untuk kejohanan League of Legends World Championship 2017 di China.

Berdasarkan laporan oleh laman berita Dot Esports, cawangan Mercedes-Benz dari negara ini masih lagi dalam tempoh perbincangan. Mereka belum memberikan penjelasan yang lebih lanjut, namun mengatakan perbincangan tersebut belum mendapat kata putus lagi. Hal ini kerana perancangan asalnya hanya melibatkan penajaan siaran untuk LPL sahaja, liga utama League of Legends di China.

Pada kejohanan yang lepas, esports LoL telah menarik banyak jenama-jenama terkenal seperti Coca-Cola, American Express, dan Gillette sebagai penaja, jadi tidak mustahil sekiranya Mercedez berpotensi untuk menjadi penaja yang baru pula.

Kejohanan League of Legends World Championship 2017 akan berlangsung di China daripada 23 September sehingga 4 November ini. –Pasukan-pasukan daripada 13 liga profesional akan bertarung untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak 2.1 juta AS Dolar, sebelum dana daripada peminat (konpendium) ditambah (para peminat boleh membeli ‘skins’ Champions khas untuk kejohanan ini sahaja, dan 25% peratus daripada hasil penjualan ‘skins’ ini akan ditambah dalam hadiah terkumpul Worlds).

Perlawanan akhir antara pasukan Samsung Galaxy dan SK Telecom T1 pada tahun lepas telah menarik lebih kurang 43 juta penonton daripada seluruh dunia. Dengan jumlah yang begitu besar, tidak mustahil sekiranya jenama yang lain mahu untuk menaja League of Legends di masa akan datang.

Sama ada Mercedes-Benz atau L'Oreal akan menjadi syarikat pertama daripada industry masing-masing akan melibatkan diri dalam dunia esports. Kedua-dua syarikat seperti Volkswagen dan Audi – sebagai contoh – telah memberikan komitmen besar terhadap esports, termasuklah penajaan untuk pasukan profesional dan juga kejohanan lain. Sama juga seperti jenama besar dalam industry kosmetik, di mana Gillette, Axe, dan Old spice telah melabur dalam bentuk penajaan dan memberikan sokongan penuh.

Artikel lain:
bottom of page