top of page

Adakah Dominasi Pasukan SK Telecom Bagus untuk Perkembangan League of Legends ???


Gambar oleh ggSpooks

SK Telecom T1 telah memenangi satu lagi kejohanan League of Legends iaitu Mid-Season Invitational 2017. Jadi berapa ramai peminat LoL yang terkejut dengan keputusan perlawanan ini ??? Jawapannya tiada.

Pasukan SKT berjaya mempertahankan kejuaraan mereka di MSI 2017. Ini merupakan penampilan ketiga SKT semenjak MSI diwujudkan pada tahun 2015. Sumber gambar daripada page rasmi Facebook League of Legends.

Di bawah ini ialah contoh komen-komen peminat mengenai kemenangan SKT di MSI 2017. Mereka mahukan pasukan lain pula menjuarai kejohanan League of Legends selain daripada SKT.

Boleh dianggarkan berjuta-juta peminat dari seluruh dunia terutamanya dari negara China dan Korea Selatan yang menonton perlawanan akhir antara juara bertahan MSI iaitu SKT, menentang juara dari Eropah iaitu G2 Esports. Tiada yang menjangkakan perlawanan akhir berlangsung dengan begitu sengit antara kedua-dua pasukan ini.

Setelah kejohanan di Brazil berakhir, maka kita akan memasuki ke musim baru untuk meneruskan perjalanan ke Worlds 2017 yang akan diadakan di China. Masa semakin suntuk buat pasukan lain sekiranya mereka benar-benar mahu menewaskan SK Telecom, melainkan juara Korea Selatan ini kecundang dalam liga LCK atau Lee "Faker" Sang-hyeok bercadang untuk berhenti jadi ‘pro-gamer’ dan berkebun sepenuh masa.

Sementara itu, Faker sedang...........

Pasukan SKT yang merupakan juara dunia sebanyak 3 kali dan merupakan pemenang ‘back-to-back’ ini, akan meneruskan perjalanan ke China sebagai pilihan utama untuk memenangi kejohanan Worlds 2017 sebanyak 3 kali berturut-turut. Sekarang ini, kita ibarat hidup dalam zaman dinasti SKT. Mereka ialah karakter utama dalam kisah ini (protagonist), manakala musuh-musuh mereka termasuklah kita merupakan pencabar utama (antagonis) untuk menjatuhkan mereka dari takhta LoL.

Memandangkan kita berada dalam zaman SKT, maka ini masanya untuk bertanyakan soalan : Adakah ia memberikan kesan buruk terhadap League of Legends, ataupun sebaliknya ??

Berbanding dengan Dota 2 -- dengan kejohanan dunia yang akan datang pada bulan Ogos ini, iaitu The International -- terlalu banyak perbezaan dengan Worlds 2017 ini. Dengan penguasaan SKT sebagai ‘kuku besi’ dalam LoL, takhta untuk Dota 2 bagaimanapun, terbuka seluas-luasnya untuk pasukan dari Amerika Utara, Eropah, China, malahan pasukan dari Asia Tenggara juga berpotensi untuk memenangi kejonanan Dota 2.

Dominasi oleh SKT akan berpanjangan dan mungkin akan menjadi sedikit ‘bosan’. Walaubagaimanapun, itulah corak permainan SKT yang mantap di bawah pengurusan jurulatih Kim "kkOma" Jung-gyun. Apabila SKT bermain pada tahap optima, sesuatu perlawanan itu tidak menarik untuk dilihat. Tidak menarik dalam konteks penulis artikel asal ini mungkin merujuk kepada perlawanan yang terlalu berat sebelah atau ‘one-sided’ kerana tiada pasukan yang mampu bersaing dengan permainan agresif SKT.

Salah satu kunci kemenangan SKT terletak kepada penguasaan Baron. Jika mereka gagal mendapatkan 'buff' daripada Elemental Dragon, Baron Pit ini sentiasa menjadi lokasi 'warding' untuk memantau pihak musuh. Sekiranya mereka berjaya membunuh Baron, maka pasukan SKT akan memberikan tekanan kepada ketiga-tiga lane yang ada sehinggalah mereka memusnahkan nexus. Bagi saya, ini ibarat mimpi ngeri kepada pasukan lain jika mereka gagal mendapatkan Baron dahulu sebelum pasukan SKT.

Ia ibarat seperti melihat, seorang ayah yang berumur 30 tahun bermain dengan bola keranjang dengan anak lelaki beliau yang berumur 4 tahun. Anak lelaki ini diberi beberapa peluang percubaan untuk memasukan bola dalam jaring, sambil ketawa untuk beberapa ketika, dan memastikan jurang mata perlawanan itu dekat. Namun hakikatnya, ayah yang bertindak sebagai ‘bystander’ ini, hanya perlu mengangkat tinggi tangannya untuk memasukkan bola ke dalam jaring untuk menang.

Begitulah situasinya untuk setiap pasukan yang berentap dalam kejohanan peringkat antarabangsa. Mereka boleh mencalarkan rekod perlawanan SKT -- 4 kekalahan di peringkat kumpulan MSI 2016, 2 pada MSI baru-baru ini -- tetapi apabila melibatkan perlawanan ‘Best of 5’, SKT, ibarat perumpaan ayah yang bermain bola keranjang dengan anaknya, mengangkat tangan dengan tinggi di udara dan menghalang segala percubaan oleh anak beliau untuk memasukkan bola tersebut ke dalam jaring.

Walaupun sesetengah perlawanan dilihat kurang menarik, takhta teratas yang dipegang secara mutlak oleh pasukan SKT itu menjadikan setiap perlawanan antarabangsa menjadi semakin panas. Tidak mengira, pasukan kecil atau besar, mereka mahu menggunakan segala peluang yang ada untuk menentang SKT, Faker, dan juga kkOma, meskipun tidak berjaya untuk menewaskan mereka. Jika organisasi SKT malas atau sengaja main-main dalam setiap kejohanan, itu mungkin akan menjadi isu, namun juara bertahan ini bermain untuk mencapai kesempurnaan. Sementara pasukan lain berusaha untuk menewaskan pasukan gergasi ini, SKT pula, mengejar objektif lain -- mereka berusaha untuk menguasai game itu sendiri dan merasa kepuasan dalam setiap usaha dilaksanakan.

Ini memang benar-benar berlaku pada perlawanan akhir MSI yang pertama di antara pasukan G2 Esports dan SK Telecom. Perkara sebegini jarang berlaku, apatah pada minit awal perlawanan. Boleh lihat 'mid-lane' pasukan G2 iaitu PerkZ tidak gentar dan menggunakan semua peluang yang ada untuk menyekat kemaraan Faker.

Pencarian SKT dalam mencapai sesuatu perkara yang mustahil, memberikan dorongan besar kepada pasukan lain untuk lebih bersedia pada perlawanan akan datang. Pasukan daripada seluruh dunia semakin melaburkan lebih banyak wang dan sumber supaya boleh ‘keep-up’ dengan SKT, dan ini mungkin satu-satuya perkara baik untuk League of Legends kekal bertahan lama. Team SoloMid dan G2 Esports, juara di wilayah mereka, tidak berpuas hati kerana menjadi ‘antagonis’ yang mudah dihapuskan oleh SKT dalam perjalanan menguasai dunia. KT Rolster yang merupakan pencabar utama SKT di Korea Selatan, telah membina ‘super team’ dengan satu tujuan, iaitu merampas takhta daripada SKT. Dan ia masih tidak mencukupi apabila ‘super team’ ini, ditewaskan 3-0 dalam perlawanan akhir liga LCK. Sementara itu, beratus-ratus pasukan mahukan mengalahkan SKT, dengan belajar daripada mereka dan mencipta strategi yang baru pada masa yang sama.

Mampukah 'super team' ini memberikan saingan ketat terhadap SKT di liga LCK yang akan bermula tidak lama lagi ??

Di seluruh dunia, dinasti sebenarnya membantu sukan tradisi leboh daripada memberikan kesan buruk. Misalannya, liga National Basketball Association (NBA) tidak popular sehinggalah pada tahun 90-an, ketika Michael Jordan daripada pasukan Chicago Bulls, memenangi 6 kejohanan dan menarik perhatian rakyat Amerika Syarikat.

Sekali lagi, LoL berada di tahap tertinggi di mana pasukan-pasukan profesional sekarang ini, mencari beberapa pemain hebat ataupun mula dari bawah dengan mencari pemain baru yang berpotensi tinggi untuk ‘draft’ terkini. Pemain mahukan penceritaan kisah ini berkembang dan lambang kehebatan diperkukuhkan, dan tiada lagi bagus dan ringkas dalam dunia esports di mana wujudnya pasukan juara yang tidak mampu dikalahkan oleh mana-mana pasukan di seluruh dunia.

Pihak Riot mungkin mahukan dinasti yang sebenarnya menguasai League of Legends, berasal dari wilayah Amerika Utara, di mana segala proses pembangunan dilakukan di sini, atau di China, kerana di situ lebih ramai peminat LoL kerana jumlah populasi lebih besar. Tetapi SKT telah menjadi lebih dari pasukan kebanggaan di negara mereka, untuk menjadi pasukan yang harus ditonton tidak mengira sama ada korang duduk di Korea Selatan atau tidak. Di MSI, jumlah tontonan English untuk pasukan SKT boleh disamakan dengan pasukan TSM, yang merupakan pasukan paling menarik perhatian di barat. Faker telah menaikkan nama esports, dan perlahan-perlahan menjadi sebuah nama yang akan dikenali pada orang awam.

Stigma Eropah > Amerika Utara atau Amerika Utara > Eropah perlu dihapuskan sekiranya kedua-dua wilayah sebenar-benarnya mahu memenangi kejohanan LoL. Apa yang saya lihat, kedua-dua wilayah ini sentiasa bersaing untuk mengatakan siapa lagi hebat dalam perlawanan antarabangsa. Namun keadaan sebegini mungkin menyebabkan mereka terlupa bahawa wilayah-wilayah LoL di seluruh dunia semakin lama semakin kuat.

Para peminat mahu melihat sejarah tercipta di hadapan mereka. Seperti mana-mana dinasti, suatu hari, SKT akan mengalami zaman kemorosotan. Untuk masa sekarang, setiap kemenangan yang diperoleh oleh Faker dan rakan sepasukannya, akan meningkatkan lagi nilai kompetitif dalam sukan esports dan mencipta suasana yang lebih menakjubkan berbanding musim lepas. Di satu sudut, wujudnya sebuah istana di mana mereka boleh melihat sesuatu pemandangan dari jauh, manakala di satu sudut pula wujud satu komuniti yang mahu melihat istana tersebut musnah.

Mungkin perjalanan menuju ke arah kesempurnaan, tidaklah sebosan mana seperti yang dijangkakan.

ARTIKEL INI DIAMBIL, DITERJEMAH MENGIKUT KESUAIAN KONTEKS TEMPATAN

DARI :

http://www.espn.com/esports/story/_/id/19450794/2017-league-legends-skt-dominance-healthy-league-legends


Artikel lain:
bottom of page