top of page

Kejatuhan Raja Liga Lagenda


Semalam merupakan detik bersejarah buat pasukan Samsung Galaxy apabila mereka berjaya menewaskan pasukan lagenda yang paling berprestij di seluruh dunia iaitu SK Telecom. Apa yang mengejutkan lagi, mereka berjaya menang '3 straight set' dalam perlawanan 5 terbaik di kejohanan akhir LoL Worlds 2017. Nampaknya abang Faker kita harus menunggu lagi setahun untuk mengejar kejuaraan peribadi beliau yang keempat dalam sejarah League of Legends.

Walaupun telah memenangi 3 kejuaraan terdahulu, pemain ini yang diberi jolokan nama sebagai Michael Jordon of League of Legends oleh naib pengerusi Riot Games, Dustin Beck, Faker nampak begitu terluka dengan kekalahan tersebut. Korang boleh lihat gambar di bawah ini.

Tidak banyak emosi yang boleh dilihat dalam sesetengah pemain esports yang lain melainkan mereka yang benar-benar semangat dalam mengecapi kejayaan dan emosi kesedihan tersebut boleh dilihat pada Faker sendiri apabila pasukan beliau tewas dalam perlawanan akhir tersebut. Situasi yang sama juga berlaku kepada pemain AD Carry untuk pasukan Fnatic iaitu Martin 'Rekkles' Larrson apabila ditewaskan oleh pasukan LoL dari China iaitu pasukan Royal Never Giveup.

Beliau merupakan pemain terhebat dalam sejarah League of Legends, kerana mempunyai semangat untuk menang dan terus menang yang menjadi idola kepada peminat game ini. Pengaruh beliau dalam esports sangat besar, sehinggakan peminat LoL sendiri bersorak nama beliau walaupun beliau telah tewas.

Tidak mengejutkan apabila para peminat menjerit nama Faker berulang kali setelah melihat beliau sedih dalam rakaman skrin besar.

Pengulas LoL Martin 'Deficio' Lynge memberitahu dalam 'tweet' nya iaitu, "Bagi saya, Faker masih merupakan pemain terbaik dalam keseluruhan kejohanan. Persembahan yang paling terbaik daripada pemain terhebat di dunia."

Pengacara Eefje 'Sjokz' Depoortere turut menyuarakan pandangan beliau dalam situasi ini. Beliau menyebut dalam Twitter nya iaitu "Saya berasa amat sedih apabila melihat Faker dalam keadaan macam itu".

Mungkin cara terbaik untuk meringkaskan peristiwa ini telah dijelaskan oleh personaliti popular dunia iaitu Paul Chaloner atau dikenali sebagai RedEye dalam Twitter beliau.

"Beliau merupakan seorang lagenda, walaupun sudah memenangi kejuaraan dunia sebanyak 3 kali, Faker masih bersedih tatkala dalam kekalahan. Faker : Juara yang sebenar"

Kredit harus diberi kepada pasukan Samsung Galaxy juga atas prestasi permainan begitu sempurna dan menjadi satu-satunya pasukan yang akhirnya menewaskan Dinasti SK Telecom dalam League of Legends. Seperti dalam posting yang terdahulu, admin tetap pilih pemain Top Samsung Galaxy iaitu CuVee sebagai pemain terbaik dalam perlawan akhir semalam hehe.

Semoga Faker tabah dalam menghadapi kekalahan ini dan berehat seketika sebelum kembali berlatih dalam menjadi juara untuk kejohanan akan datang. Admin masih menanti untuk Faker main game kegemaran beliau iaitu 'PolyBridge' seperti yang disiarkan oleh Youtuber Today on Korean Server.

Artikel asal : https://www.dexerto.com/news/support-faker-floods-2017-league-legends-world-championship-defeat/38278

Artikel lain:
bottom of page