top of page

Bagaimana Pemilihan Skin Victorious Dibuat !!!


Pengenalan

Sudah lama admin tak menulis mengenai skin-skin League of Legends dan masa penubuhan awal page Liga Lagenda lagi, banyak yang telah admin bincangkan mengenai cara pembelian skin yang sesuai mengikut bajet. Kali ini, jom bincangkan bagaimana Riot Games memilih Champion yang sesuai untuk dibuat skin Victorious pada setiap tahun.

Selain daripada keistimewaan Skin Legacy, PAX, skin jenis ini hanya diberi khas kepada golongan pemain yang berjaya mendapat posisi Ranked tahap Gold dan ke atas sebagai ganjaran utama. Ini bermakna jika korang dapat ‘placing’ di bawah Ranked Gold, korang tidak akan dapat skin ini melainkan bingkai (border) dan ikon sahaja. Sebab itu pada pengakhiran Musim LoL, boleh lihat lebih ramai pemain akan bermain dalam mode Ranked bagi mengejar Ranked Gold semata-mata untuk mendapatkan skin ini sahaja.

Berbalik kepada perbincangan utama kita pada hari ini, seperti umum sedia tahu, Graves merupakan Champion yang telah mendapat skin Victorious pada musim ini. Setiap kali musim hendak berakhir, para pemain akan cuba untuk meneka aturan Champion mengikut posisi, yang akan menerima skin istimewa ini.

Posisi Champion yang sentiasa Berubah

Sudah 7 musim berlalu, kebanyakan daripada peminat LoL sudah boleh mengagak corak permainan Riot Games, lebih-lebih lagi pihak mereka (Riot) tidak akan memilih Champion daripada posisi yang sama sebanyak dua kali berturut-turut, namun ianya hanyalah tekaan kasar sehinggalah sekarang. Pihak Riot telah mendedahkan bagaimana mereka memilih Skin Victorious dalam sesi temubual Ask Riot, di mana pereka grafik dan staf Riot yang lain akan menjawab sebarang pertanyaan daripada komuniti LoL.

Champion yang sangat OP pada Musim Bunga (Spring Split)

Proses pembuatan Skin sememangnya mengambil masa yang agak lama, maka penentuan Champion mana akan terima skin ini dibuat pada Liga Musim Bunga (Spring Split), supaya pereka grafik mempunyai masa yang panjang untuk menyiapkan skin tersebut sebelum musim berakhir. Sebab itulah, skin ini hanya diberikan kepada Champion yang sangat ‘overpower’ (OP), dalam pertandingan peringkat profesional dan juga dalam mode Ranked semasa musim bunga.

Tidak memiliki Skin Victorious, Championship dan Conqueror

Satu lagi kriteria yang diperlukan ialah, Champion tersebut tidak memiliki skin jenis Victorious, Championship dan Conqueror. Jadi Champion seperti Karma, Ashe, Zed dan mana-mana di antara mereka yang tidak memenuhi kriteria di atas, tidak akan menerima Skin Victorious. Tambahan lagi, pihak Riot akan memilih Champion (skin Victorious) yang tidak akan mendapat tambahan skin pada yang sama, supaya nanti korang tak perlu keliru untuk memilih nak beli yang mana satu.

Champion yang mempunyai banyak skin

Selain itu, Riot Games tidak akan memilih Champions yang tidak mempunyai banyak skin – yang kedengaran agak pelik. Ini bermakna, kita tidak akan mendapat melihat Champion seperti Illaoi atau Yorick menerima skin ini pada masa akan datang. Mereka (Riot) tidak mahu mengecewakan para peminat, lebih-lebih lagi apabila skin ini hanya diberi pada Ranked Gold dan ke atas.

Tidak mengalami perubahan besar

Akhir sekali, jika sesebuah Champion ini akan mengalami sebarang perubahan yang besar, Riot akan cuba mengelak daripada memberikan Champion ini skin. Ini merupakan kriteria yang paling sukar, kerana proses pembuatan skin boleh jadi sudah berjalan, dan secara tiba-tiba sahaja mereka baru sedar Champion tersebut akan mengalami perubahan besar, tetapi niat untuk buat Skin Victorious itu masih ada.

Pilihan utama pada musim ini iaitu Graves, sudah menepati segala kriteria yang diperlukan dan akan diberikan kepada pemain yang berjaya mendapatkan Ranked Gold dan ke atas.

PERASAAN FAKER APABILA TAHUN NI, TIADA LAGI SKIN BERTEMAKAN SK TELECOM T1

Artikel lain:
bottom of page