top of page

Hero Terbaik Mengikut 'Role' !!!

  • Waghih
  • Apr 19, 2017
  • 4 min read

Pengenalan

Untuk mendaki tangga teratas dalam 'ranked' League of Legends bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai bagi sesetengah pemain. Ia memerlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi sekiranya mahu belajar dan meningkatkan prestasi sekiranya korang semua ingin mencapai kejayaan dan menjadi lagenda. Korang agak bertuah kerana LoL ada menyediakan sesetengah hero yang boleh membantu korang bermain lebih baik berbanding dengan orang lain.

Jangan pilih hero-hero ini sekiranya korang mahukan perlawanan yang mudah. Hal ini disebabkan, hero-hero yang bakal kami kupaskan ini adalah sangat mencabar, dan memerlukan masa yang lama untuk berlatih demi memahami dan menggunakan hero ini dengan cermat. Setelah korang berlatih dengan secukupnya menggunakan hero ini, nescaya korang akan mampu untuk memenangi game ini dengan cara yang tersendiri.

** ARTIKEL INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS DAN HASIL RUJUKAN DARI BEBERAPA ARTIKEL YANG LAIN **

** STATISTIK HERO ADALAH DARI CHAMPION.GG BERDASARKAN 1000 PERLAWANAN KE ATAS**

Top - Riven

Setelah META telah mengalami perubahan daripada 'tanker' kepada 'assassins' kepada 'splitpushers' dan kembali semula kepada yang asal, satu hero tetap kekal menjadi pilihan kuat iaitu Riven. Jika korang semua berjaya memahirkan permaisuri 'outplay' ini, korang boleh berlawan dengan mana-mana hero yang ada dalam LoL, tapi ia proses yang agak mengambil masa. Kegilaan Riven dalam menyerang, 'crowd control', perisai, dan 'damage' yang sangat kuat, boleh dikatakan beliau mempunyai segala kemahiran untuk mengalahkan semua orang.
Walaubagaimanapun, masalah yang paling utama ialah, hero Riven ini merupakan salah satu hero di 'Top Lane' yang paling susah untuk dipelajari. Untuk jadi mahir menggunakan Riven, korang kena belajar untuk bermain dengan cara yang berbeza dan harus pandai dalam bertukar dan mengadaptasikan strategi yang berlainan bergantung kepada hero lain yang korang akan lawan. Untuk berjaya dalam penggunaan hero istimewa ini memerlukan kemahiran yang berkecuali dan menjadi punca mengapa ia memerlukan masa dan kesabaran.

SEBELUM KORANG MENGGUNAKAN HERO INI

Jungle - Lee Sin
Bercakap mengenai hero susah, Lee Sin sudah tentunya mengambil gelaran "hero paling susah dalam LoL". Lee Sin mempunyai pelbagai alatan dan ciri-ciri yang diperlukan bagi hero khususnya untuk posisi 'Jungle'. Dilengkapi dengan 'damage' yang tinggi dan mempunyai potensi untuk membunuh pada permulaan game, Lee Sin boleh merangka strategi yang sesuai untuk memenangi sesuatu pertempuran besar menggunakan 'Ultimate' nya apabila sudah sampai 'late game'. Isu utama, ialah agak susah untuk menggunakan segala 'skillshot' utama Lee Sin dengan sempurna dan ini akan mengecewakan untuk sesetengah orang.
Di antara 'ward-hopping', disertai dengan Q beliau, dan menggunakan teknik 'flash' semasa 'Ultimate' diaktifkan, seluruh kemahiran yang ada Lee Sin akan menghasilkan corak permainan yang menarik jika dilakukan dengan betul. Lee Sin yang mantap akan menyerang masuk ke dalam menara, untuk membunuh hero musuh, dan keluar dari kawasan pertempuran sehinggakan korang pon tertanya-tanya, adakah orang sebenar yang main Lee Sin atau sebaliknya. 'Damage' pada awal game sangat dasyat, dan akan mengambil masa yang lama sekiranya hendak menjatuhkan Lee Sin sekiranya pemain itu betul-betul bagus.

SEBELUM KORANG MENGGUNAKAN HERO INI

Mid - Ahri

Jika hendak dibandingkan dua hero pertama di atas, Ahri tidaklah begitu sukar untuk dimahirkan. Beliau bukan hero senang, dan sudah semestinya tidak sukar seperti Lee Sin atau Riven. Oleh itu, korang perlu meluangkan sedikit masa jika hendak bermain Ahri dengan baik. Pilihan Ahri dalam kategori Mid, adalah disebabkan keserba-bolehan beliau dalam pertempuran. Seperti Riven, Ahri mempunyai 'skillshots' yang sangat berguna dalam hampir apa jua situasi. Beliau boleh menyerang musuh dengan mudah, 'crowd control' pada skala kecil, pergerakan laju untuk melarikan diri dari situasi bahaya, dan padat dengan 'damage'.
Ada sebab mengapa Ahri menjadi begitu popular di 'Mid Laner' pada masa kini, dan kerana beliau secara semula jadinya memang kuat. Menurut sumber dari Champion.GG, sebuah laman web statistik LoL, Ahri telah digunakan melebihi 20 peratus dan ke atas di 'ranked' Platinum. Walaupun susah untuk membunuh musuh, namun segala 'skillshots' yang ada pada Ahri adalah sempurna untuk melengahkan pihak lawan sementara menunggu pertempuran yang sebenar.

SEBELUM KORANG MENGGUNAKAN HERO INI

ADC - Ezreal

Satu perkataan yang sesuai untuk menghuraikan hero Ezreal secara teknikalnya ialah Fleksibiliti. Ini kerana 'skillshots' asas yang ada pada beliau djiamin akan memberikan 'damage' sama seperti hero 'poke' yang lain. 'Skillshot' Mystic Shot (Q), mempunyai jarak sejauh 1150, yakni lebih jauh dari 'auto-attack' yang ada pada hero 'marksman' yang lain. Dengan sedikit 'Cool Down Rate' (CDR), disesuaikan dengan 'Passive' Ezreal, ini bermakna korang boleh mengaktifkan 'skillshots' yang lain berulang kali dalam beberapa saat saja.

Tidak seperti ADC lain seperti Vayne, Caitlyn, dan Twitch, ketiga-tiga hero ini mempunyai jarak yang terbatas untuk melakukan 'auto-attack'. Manakala, Ezreal boleh menyerang pihak lawan pada jarak yang selamat. Apa-apa barangan 'in-game' yang kuat boleh digunakan dalam 'build' Ezreal, begitu juga dengan pilihan 'mastery' yang berbeza dan boleh digunakan seperti 'Warlords', 'Fervor' dan 'Thunderlords'. Fleksibiliti dalam menggunakan barangan berbeza untuk 'build' seperti 'Blue', 'Trinitiy' dan 'Standard ADC', menyebabkan Ezreal sentiasa relevan penggunaannya dalam apa jua META yang ditetapkan dalam LoL.

SEBELUM KORANG MENGGUNAKAN HERO INI

Support - Thresh

Akhir sekali dalam senarai ini, ialah Thresh yang merupakan hero 'Support' yang sangat menarik untuk digunakan semenjak pengenalannya pada tahun 2013. Thresh melakukan segala perkara yang hero 'support' patut lakukan. Q beliau iaitu 'Death Sentence' boleh menangkap pihak lawan supaya rakan sepasukan korang boleh membunuh musuh, menukarkan situasi perlawanan kepada 4 melawan 5 orang. Selain itu 'skillshots' 'Flay' (E) yang ada pada Thresh berfungsi untuk memberikan sedikit 'damage' dan untuk 'disengage' serangan pihak lawan. 'Ultimate' utama beliau iaitu 'The Box', juga bagus untuk menangkis serangan pihak lawan dan untuk memulakan sesuatu serangan, dengan memperlahankan pergerakan musuh jika mereka menyentuh dinding 'The Box'.

Paling utama sekali ialah 'skillshots' tanglung (lantern), yang boleh menyelamat nyawa rakan sepasukan, terutamanya pada situasi bahaya. Status Thresh akan meningkat disebabkan oleh 'Passive' yang ada, yang memberikan peningkatan kepada perisai dan juga 'Ability Power' untuk setiap roh yang dikumpul. Secara keseluruhannya, hero Thresh menawarkan segala apa yang diperlukan oleh sesebuah pasukan dan boleh digandingkan dengan mana-mana hero ADC yang ada dalam game ini.

SEBELUM KORANG MENGGUNAKAN HERO INI

Kesimpulan

Kelima-lima hero di atas ini dianggap antara hero yang terbaik sepanjang pengenalannya dalam sejarah League of Legends berdasarkan pengalaman dan pandangan majoriti pemain. Jika korang jenis yang tidak mementingkan hero yang mempunyai kadar kemenangan yang tertinggi ataupun mengikut META, maka hero-hero ini lah yang sesuai dijadikan pilihan untuk mencipta kemenangan dalam jangka panjang !!

.

コメント


Artikel lain:
Anivia
Ashe
Braum
Elise
Evelynn
Hecarim
Jayce
Kalista
Karthus
Lulu
Maokai
Mordekaiser
Thresh
Udyr
Vayne
Vladimir
Yasuo
Yorick
Zac
Info Ringkas

Liga Lagenda ditubuhkan oleh pemain-pemain League of Legends yang mempunyai minat yang mendalam dalam membincangkan isu-isu semasa dalam dunia esports.

Ketahui lebih lanjut >>

 

Sertai Kami !!!

Cari kami melalui #Tag

© 2017 oleh Liga Lagenda.

bottom of page