Pandangan Pertama PULSEFIRE CAITLYN !!! Skin Futuristik Terbaru dalam Kategori Lagenda !!!
- Waghih
- May 5, 2017
- 3 min read

Pengenalan
Skin Variasi Pulsefire mula diperkenalkan pada tahun 2012, dibuat khas untuk Champion Ezreal yang menjadikan beliau sebagai Champion pertama yang menerima skin dalam kategori paling termahal dan premium iaitu Skin Ultimate. Namun tidak sesiapa menyangka akan ada lagi penambahan Skin Pulsefire untuk Champion Caitlyn 5 tahun kemudiannya. Di bawah ini ialah video 'teaser' Pulsefire Caitlyn :
Pulsefire Caitlyn akan dijual dengan harga sebanyak 665 RP (HARGA : RM 50 ±) yang menjadikan skin ini tergolong dalam Kategori Lagenda, di mana ia hadir dengan perubahan model asas secara total, suara dan latar belakang baru serta dilengkapi dengan animasi baru. Berbanding dengan kisah pendek Pulsefire Ezreal yang merupakan seorang pelarian era 'chrono', Pulsefire Caitlyn pula dikatakan menjelajah merentasi ruang masa ke zaman yang lebih moden sambil meneruskan pencarian beliau.
"Pada masa hadapan, salah seorang daripada kita masih hidup. Malangnya, bukan kamu."
Pulsefire Caitlyn - 665 RP (HARGA : RM 50 ±)

Pandangan secara dekat Pulsefire Caitlyn.

Pandangan 360 darjah Pulsefire Caitlyn.
Emote 1

'Sniper Rifle' Pulsefire Caitlyn yang diceraikan kepada beberapa bahagian jika 'emote' 1 ini diaktifkan.
Emote 2

'Sniper Rifle' akan bertukar menjadi kerusi terapung yang akan diduduki oleh Pulsefire Caitlyn sambil minum teh atau kopi (mana-mana antara dua itu)
Emote 3

Animasi Projektor 3 Dimensi yang memaparkan Pulsefire Caitlyn memakai topi sambil menari.
RECALL

5 Variasi Recall yang memaparkan corak topi dan destinasi Portal yang berbeza.
HOMEGUARD

Animasi Homeguard di mana Pulsefire Caitlyn ibarat menunggang motosikal ala-ala Tron : Legacy dengan 'Sniper Rifle' beliau.
AUTO-ATTACK

Setiap 'auto-attack' Pulsefire Caitlyn akan menghasilkan laser berwarna biru dan merebak jika tepat mengenai sasaran.
PASSIVE 1

Indikator Headshot di belakang Pulsefire Caitlyn akan bertukar daripada biru ke merah jika Passive ini sudah bersedia untuk diaktifkan.
PASSIVE 2

Passive yang sudah sedia untuk diaktifkan akan menukarkan warna 'Sniper Rifle' kepada warna merah.
PASSIVE 3

Serangan '1 shot' Passive ini juga akan bertukar kepada warna merah yang memberikan 'damage' lebih tinggi kepada pihak musuh.
Q - PILTOVER PEACEMAKER

Serangan 'Sniper Rifle' akan menghasilkan tembakan (roket laser) yang lebih kuat menembusi pihak lawan.
W - YORDLE SNAP TRAP

'Trap' Pulsefire Caitlyn menerima perubahan animasi dan model secara drastik. Ia kelihatan seperti periuk api dengan tanda ' dan agak menggoda saya untuk pijak 'Trap' tersebut menggunakan Champion LoL.

Jika pihak musuh memijak 'Trap' ini, indikator biru akan bernyala menandakan mereka terperangkap selama 1.5 saat. Indikator Headshot juga akan keluar di mana 'damage' Pulsefire Caitlyn akan meningkat sebanyak dua kali ganda.
E - 90 CALIBER NET

Tembakan Jaringan berbentuk laser untuk memperlahankan pergerakan musuh.
R - ACE IN THE HOLE

'Sniper Rifle' akan mengalami perubahan jika korang semua 'upgrade' skillshots R.

'Overlay' Ultimate Pulsefire Caitlyn yang kelihatan seperti 'Overlay' daripada Skin : PROJECT.

Serangan Ultimate ini akan memberikan 'damage' yang lebih tinggi. Bagaimanapun, serangan ini boleh dipintas oleh pihak musuh yang lain.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, saya agak berpuas hati dengan penambahan Skin Variasi Pulsefire yang memberikan nafas baru kerana secara jujurnya Skin Pulsefire untuk Champion Ezreal tidaklah begitu menarik jika hendak dibandingkan dengan Skin Ultimate yang lain. Riot Games akan membuat 'rework' kepada animasi Pulsefire Ezreal namun saya merasakan ia takkan mampu menandingi animasi dan efek yang ditawarkan oleh Pulsefire Caitlyn. Masih tiada komen negatif daripada komuniti LoL dan mungkin tidak akan ada perubahan skin ini dalam masa yang terdekat.

Korang boleh tengok video Pulsefire Caitlyn di bawah ini :
Comments