top of page

Jacket Challenger LoL 2016 sudah dihantar !!!


Pengenalan

Berita baik untuk para Challenger LoL sekalian apabila pihak Riot telah membuat pengumuman bahawa ganjaran untuk Challenger tahun 2016 iaitu, ‘jacket’ serta pingat yang direka khas, akhirnya sudah mula dihantar kepada pemain yang layak. Mereka juga mendapat satu lagi ganjaran iaitu ‘custom recall’ sebagai bonus tambahan.

Ganjaran ini mengambil masa yang agak lama kerana hanya pemain yang berkedudukan 200 teratas dari setiap wilayah sahaja yang layak menerimanya. Tambahan lagi, sudah hampir 8 bulan sejak Musim 6 sudah berakhir. Riot menjanjikan bahawa mereka telah berusaha keras untuk mencipta ‘jackets’ dan pingat ini, dan setelah beberapa kali penangguhan, ‘jacket’ Challenger sudah mula dihantar. Pingat Challenger masih BELUM dihantar buat masa ini.

Rekaan Pingat Challenger yang sangat menarik dan unik.

Jika korang merupakan antara golongan 0.01% daripada jumlah keseluruhan pemain di League of Legends yang berhak menerima ganjaran ini, sudah semestinya korang marah, sebab dah terlalu lama menunggu. Berkemungkinan besar, korang pon dah lupa ganjaran ini sampailah sekarang. Jangan risau, kerana Riot memberikan satu lagi ganjaran sebagai ganti rugi kepada pemain Challenger. Mereka akan menerima kesan efek khas untuk ‘recall’ dalam LoL.

Recall Terbaru !!!

‘Recall’ terbaru ini mendapat sentuhan kilauan emas dan membuktikan kepada pemain bukan Challenger yang lain bahawa, penguasaan korang terhadap game ini lebih mantap daripada mereka semua. Ia bukanlah ganjaran besar atau fizikal seperti, ‘jackets’ dan pingat, namun ganjaran bonus ini membantu mengingatkan bahawa pemain Challenger ini adalah terbaik dan dihargai.

Artikel lain:
bottom of page