top of page

Kayn : Champion Baru Yang Mempunyai Dua Persona Yang Berbeza !!!

  • Waghih
  • Jun 28, 2017
  • 3 min read

Pengenalan

Selepas keluaran Xayah dan Rakan pada 3 bulan lepas, Riot Games telah mengumumkan sebuah lagi Champion baru yang kami rasakan agak ganas dan ‘bad ass’. Memperkenalkan KAYN, THE SHADOW REAPER. (Mulanya admin ingatkan dia macam Kane dari WWE kerana sebutan Kane dan Kayn tidak jauh beza). Nama penuh beliau adalah Shieda Kayn - pahlawan yang menggunakan kuasa dari kegelapan demi mencapai takdir sebenar sehingga memimpin Order of The Shadow untuk mewujudkan suatu era baharu di wilayah Ionian.

Kayn sentiasa berlawan dengan menggunakan senjata neraka yang dikenali sebagai Rhaast, namun senjata ini mempunyai keupayaan untuk merosakkan atau menguasai badan dan jiwa Champion ini. Ada dua situasi sahaja yang bakal berlaku : sama ada Kayn berjaya menundukkan senjata ini agar mengikut arahan beliau… atau makhluk syaitan ini menguasai Kayn secara keseluruhan yang akan membawa kepada kemusnahan dalam dunia Runeterra. Dah macam cerita Dr Jekyll and Mr Hyde pulak. Pertarungan melibatkan jiwa diri sendiri, sama ada mahu menjadi baik atau jahat.

PASSIVE: THE DARKIN SCYTHE

Kayn menggunakan senjata purba ini dan berlawan menentang kejahatan yang ada di dalamnya, Rhaast, untuk mengawal senjata ini dengan sepenuhnya. Dalam durasi perlawanan sebenar, setiap dari mereka akan berubah. Korang boleh transformasi kan Kayn kepada dua jenis iaitu Shadow Assassin (Masih lagi sebagai Kayn) atau bertukar kepada Rhaast. Untuk bertukar menjadi Shadow Assassin, Kayn akan mengasah kemahiran ‘Shadow’ beliau dengan memburu ‘ranged Champion’.

Untuk bertukar kepada Rhaast pula, Kayn perlu berlawan secara berdepan dengan ‘melee Champion’ untuk mengumpulkan aura ‘bloodlust’ yang membolehkan beliau bertukar. Jika Kayn memenangi pergelutan ini, beliau akan dinaik taraf menjadi Shadow Assassin. Jika sebaliknya, Rhaast, dengan kuasa kejahatan beliau akan menguasai Kayn secara keseluruhannya.

Shadow Assassin : Memberikan tambahan ‘magic damage’ secara bonus ketika berlawan dengan musuh setelah beberapa saat yang pertama.

Darkin : ‘Damage’ yang diberikan kepada pihak musuh akan menambah sedikit nyawa kepada Rhaast.

Q: REAPING SLASH

Kayn akan berlari ke hadapan, untuk menyerang musuh yang terdekat. Ia akan memberikan ‘damage’ secara fizikal kepada Champion musuh. Reaping Slash juga memberikan ‘damage’ bonus kepada ‘monsters’.

Darkin : ‘Skill-shot’ Q ini akan memberikan ‘damage’ tambahan mengikut peratusan nyawa untuk semua pihak musuh kecuali terhadap ‘minions’.

W: BLADE'S REACH

Memberikan ‘damage’ dalam satu arah yang akan memperlahankan segala serangan pihak musuh.

Shadow Assassin : Akan meninggal suatu bayangan hidup yang akan mengaktifkan Blade Reach mengikut arahan Kayn. Jarak untuk mengaktifkan ‘skill-shot’ ini juga akan bertambah.

Darkin : Blade Reach dalam transformasi ini akan menghumbankan pihak musuh ke udara.

E: SHADOW STEP

Kayn akan mampu untuk bergerak dengan lebih laju dan mempunyai keistimewaan untuk berjalan melepasi dinding di Summoners Rift untuk beberapa ketika. Ketika beliau berjalan merentasi dinding ini, beliau akan mendapat ‘heal’ untuk jumlah yang sedikit dan tempoh Shadow Step ini juga akan dipanjangkan. Walaubagaimanapun, Kayn tidak akan mendapat beberapa saat tambahan jika menggunakan ‘skill-shot’ ini jika diserang oleh Champion pihak musuh.

Shadow Assassin : Akan bergerak lebih laju dan terlindung daripada diperlahankan oleh pihak musuh jika Shadow Step diaktifkan.

R: UMBRAL TRESPASS

Kayn boleh merasuk mana-mana Champion musuh yang terdekat yang telah diserang oleh beliau. Memasuki tubuh Champion musuh akan menyebabkan Kayn tidak boleh diserang untuk beberapa saat. Menekan kembali ‘skill-shot’ ini akan menyebabkan tempoh masa serangan Umbral Trespass menjadi sekejap sahaja. Kayn kemudian akan melepaskan diri daripada badan mangsa ini, sambil memberikan ‘damage’ yang sangat tinggi kepada mereka.

Shadow Assassin : Umbral Trespass boleh diaktifkan pada jarak yang jauh dan ‘reset’ kembali ‘magic damage’ daripada The Darkin Scythe setelah Kayn keluar dari badan pihak musuh.

Darkin : Umbral Trespass memberikan lagi banyak ‘damage’ mengikut peratusan nyawa maksimum oleh pihak musuh dan memberikan ‘heal’ kepada Darkin sepanjang proses ini berlaku.

Nota Tambahan :

Bagaimana mahu mendapatkan transformasi ini ???

Kesimpulan

Korang kena kumpul Influence Point (IP) yang secukupnya mulai dari sekarang. Daripada apa yang admin perasaan, Riot Games suka mengeluarkan Champion baru dalam 3-5 bulan sekali. Jadi berkemungkinan besar, akan ada satu lagi Champion baru sebelum tahun 2017 sudah melabuhkan tirai. Secara keseluruhan, admin menyokong pembaharuan ini terutamanya dari segi Passive yang membahagikan Champion ini kepada 2 persona yang berbeza.

'Skill-shot' Q dan W agak sama seperti Champion lain, cuma berlainan arah serangan dan animasi sahaja. Penambahan Shadow Step sebenarnya merupakan 'killer' dan punca utama jika pemain berminat untuk melabur untuk Champion Kayn. Bagi admin, siapa tak seronok, dapat Champion yang boleh berjalan menembusi dinding dan halangan yang ada di Summoners Rift ?? Ibarat sama seperti mekanisasi yang Champion Talon ada cuma berbeza cara pelaksanaan.

Comments


Artikel lain:
Anivia
Ashe
Braum
Elise
Evelynn
Hecarim
Jayce
Kalista
Karthus
Lulu
Maokai
Mordekaiser
Thresh
Udyr
Vayne
Vladimir
Yasuo
Yorick
Zac
Info Ringkas

Liga Lagenda ditubuhkan oleh pemain-pemain League of Legends yang mempunyai minat yang mendalam dalam membincangkan isu-isu semasa dalam dunia esports.

Ketahui lebih lanjut >>

 

Sertai Kami !!!

Cari kami melalui #Tag

© 2017 oleh Liga Lagenda.

bottom of page