top of page

Kisah Hidup Kayn

  • Waghih
  • Jul 8, 2017
  • 3 min read

Pengenalan

Champion League of Legends yang terbaru iaitu Kayn, akan mula dikeluarkan pada Patch 7.14, yang dijangka hadir pada seawal minggu hadapan. Dengan segala kemahiran beliau yang telah dipaparkan pada Public Beta Environment (PBE), ‘skin’ khas, serta alih-suara yang sudah didedahkan, cuma ada satu lagi benda yang tertinggal, iaitu kisah hidup (lore) beliau.

Kepada mereka yang suka akan cerita dan naratif dalam LoL, cerita latar belakang dan biografi Kayn sudah dikeluarkan beberapa hari yang lepas, dan beliau tampak ‘badass’ dan sesuai dengan personaliti yang dicipta oleh pihak Riot Games. Kayn juga merupakan seorang yang agak ‘psycho’.

Personaliti Kayn

Tidak seperti pahlawan dan pemberontak lain yang menggunakan pelbagai alatan senjata dan perisai untuk melakukan kejahatan kepada dunia Runeterra, Kayn menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu – ketakutan. Kayn percaya bahawa perisai hanya memperlahankan pergerakan, dan senjata lain seperti pedang atau pisau hanyalah alatan semata-mata, dan merasakan bahawa diri beliau itulah, sebenarnya senjata. Daripada segala peralatan yang boleh digunakan, Kayn lebih banyak menggunakan elemen menakutkan. Secara jujurnya, beliau telah mahir dengan perasaan ketakutan, dan bergantung terhadapnya ketika berlawan seperti orang lain yang bergantung sepenuhnya kepada senjata masing-masing.

Pencarian Sabit Darkin

Pemikiran sebegini sebenarnya, menyebabkan beliau begitu obses untuk mencari sabit yang telah dirasuk dan bernyawa – sabit yang mempunyai kehidupan makhluk lain iaitu ‘darkin’, yang sentiasa menunggu seseorang yang berjiwa kuat untuk menggunakan senjata ini, supaya ‘darkin’ ini boleh mengambil alih badan si pemakainya.

Ketika di mana segala makhluk bernyawa di alam League of Legends sedang berusaha untuk memusnahkan sabit ini untuk mengelakkan munculnya Champion pemusnah seperti Aatrox, Kayn pula sebaliknya mahukan sabit ini kerana ia menawarkan kuasa yang kuat. Lagipun, ia hanyalah merupakan peralatan yang telah dirasuk oleh syaitan di dalamnya. Siapa lagi yang berhak menggunakannya ?

Pernah menjadi askar Noxian dan rapat dengan Zed

Kayn telah membunuh semenjak diserap menjadi askar kanak-kanak di bawah pengawasan askar Noxian. Noxus mempunyai sejarah di mana mereka melatih orang muda atau kanak-kanak untuk berlawan dalam pertarungan skala kecil dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam apa jua situasi, kerana mereka tahu pihak musuh akan teragak-agak untuk menyerang kanak-kanak. Kayn merupakan salah seorang daripada kanak-kanak ini. Pada satu hari, semasa beliau bertarung dengan askar Ionian dengan hanya menggunakan sabit, Zed telah menemui Kayn dan menerima beliau dalam kumpulan ‘Order of Shadow’. Sudah tentu Kayn mempunyai keistimewaan tersendiri, yang menyebabkan Zed menaruh harapan tinggi walaupun Kayn hanyalah seorang kanak-kanak dan orang luar.

Zed sentiasa di hati Kayn.

Pergelutan Kayn dengan Rhaast

Zed dianggap istimewa oleh Kayn. Beliau memberikan hormat (mungkin terlalu hormat) kepada tuan gurunya, Zed, namun menyedari bahawa beliau mampu mengatasi Zed dari segi kuasa. Sabit ‘darkin’ ini merupakan batu loncatan yang sempurna untuk Kayn dalam mengejar kuasa hebat. Ketika Kayn mencuri sabit ini daripada sekumpulan rombongan yang diarahkan untuk membawa senjata ini ke tempat lain, beliau berjalan merentasi dinding dengan menggunakan sihir bayangan, dan beralih dalam kegelapan, menyerang askar upahan ini satu per satu. Dengan bangganya beliau menceritakan detik-detik terakhir dan menakutkan untuk askar – askar ini.

Beliau mencapai sabit ini, dan Rhaast, makhluk ‘darkin’ ini, akhirnya telah bertemu dengan orang yang layak menggunakan senjata ini. Walaubagaimanapun, Rhaast bukan sahaja mencari pahlawan yang layak menggunakan sabit ini – beliau juga mahu mengambil alih badan si pemakainya (hanya betul-betul layak sahaja) untuk melakukan kemusnahan di dunia LoL. Di situ lah kisah Kayn bermula kini, dan kita akan bertemu dengan beliau tidak lama lagi dalam arena Summoners Rift. Corak permainan Kayn sentiasa melihatkan pergelutan beliau dalam menjadi ‘shadow assassin’ dan juga makhluk Rhaast yang perlahan-lahan merasuk Kayn untuk mengambil alih tubuh badan beliau yang kuat.

Kayn sentiasa bergelut dengan Rhaast untuk menentukan siapakah yang akan menguasai diri masing-masing. Artist : Mimi

Penutup

Kisah penceritaan Kayn daripada Riot ini sedikit sebanya membantu kita semua untuk memahami personaliti sebenar Kayn sebelum dirasuk oleh Rhaast, dan yang paling penting, mengapa beliau begitu gila untuk menggunakan sabit berbahaya ini. Bagi pendapat admin, Kayn mempunyai banyak kaitan dengan Champion LoL yang lain kerana beliau pernah menjadi askar Noxian, yang bermakna beliau mungkin pernah berjumpa dengan Champion berasal Noxian seperti Katarina, Darius dan Talon.

Selain itu, Shen juga mungkin mengetahui kewujudan Kayn, kerana Kayn merupakan anak murid musuh seteru beliau iaitu Zed. Apa-apa pun semakin banyak Champion baru diperkenalkan, semakin banyak hubung kait antara mereka boleh dilihat. Sama ada 'broken' atau tidak Champion ini setelah dikeluarkan, kita mahu lihat adakah Kayn mampu memberikan kadar kemenangan tertinggi kepada pemain LoL, setidaknya lebih tinggi daripada kadar kemenangan Xayah dan Rakan apabila mereka sudah dikeluarkan. Jika benar Champion ini terlalu 'power', jangan risau sudah pasti akan ada 'nerf' setiap Patch yang akan datang. Kita sudah lama masak dengan 'permainan' daripada Riot Games.

Comments


Artikel lain:
Anivia
Ashe
Braum
Elise
Evelynn
Hecarim
Jayce
Kalista
Karthus
Lulu
Maokai
Mordekaiser
Thresh
Udyr
Vayne
Vladimir
Yasuo
Yorick
Zac
Info Ringkas

Liga Lagenda ditubuhkan oleh pemain-pemain League of Legends yang mempunyai minat yang mendalam dalam membincangkan isu-isu semasa dalam dunia esports.

Ketahui lebih lanjut >>

 

Sertai Kami !!!

Cari kami melalui #Tag

© 2017 oleh Liga Lagenda.

bottom of page