top of page

Rework Champion Urgot yang Dinantikan!

  • Lydrea
  • Jul 11, 2017
  • 2 min read

Pengenalan

Hello pembaca-pembaca setia Liga Lagenda, nama saya Lydrea dan ini merupakan artikel pertama saya untuk laman web ini. Pada hari ini saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai 'rework' terhadap Champion Urgot yang semakin hangat diperkatakan oleh pemain-pemain LoL dari seluruh dunia. Setelah rework Yorick pada awal tahun ini, pemain League semakin tak sabar untuk rework Urgot.

Hampir kesemua Champion lama telah mendapat 'rework' yang membuatkan lebih ramai pemain kembali menggunakan Champion ini.

Urgot dan Yorick hampir tak boleh dipisahkan kerana keduanya antara 'pick rate' yang paling rendah selama beberapa tahun. Akhirnya, secara tidak rasmi, Urgot bakal diperbaharui bukan saje nampak lebih ganas, kuat dan menakutkan malah mempunyai "ability" yang mampu memberikan impak lebih besar dalam sesuatu pertarungan. Maka tak boleh lagi la korang nak kata yang Urgot ni 'troll pick' lagi dan nampaknya segala persoalan dan cadangan dari para peminat LoL untuk Champion ini sudah terjawab.

Mari kita lihat keistimewaan Urgot baru ini!

Skin klasik urgot juga telah diperbaharui dengan rupa yang lebih realistik dan artwork yang berkualiti. Ini mengingatkan admin tentang teaser ekko dulu kan?

(Video teaser ekko)

Berikut merupakan "ability" baru urgot:-

Passive: Echoing Flames

Apabila urgot "auto attack", shotgun yang ada pada semua kakinya akan melepaskan tembakan seolah percikan api. Tetapi, hanya kaki yang menghadap auto attacknya sahaja yang akan melepaskan tembakan. Ini memerlukan pemain urgot untuk sentiasa bergerak dan "kiting". Shotgun di setiap kaki juga mempunyai cooldown masing masing.

Q- Corrosive charge

Q urgot adalah hampir serupa dengan q asalnya iaitu mempunyai "mark" pada enemy sekiranya "on hit". Setelah meletus, ia mampu slowkan enemy.

W- Purge

W Urgot yang baru merupakan "machine gun" yang akan menembak secara bertubi-tubi ke arah lawan yang paling dekat atau lawan yang "di-lock", disamping "shield" seperti Urgot lama. Walaupon Urgot tidak dapat "auto attack" dalam 'ability' ini, passive Urgot masih aktif.

E- Dislain

Urgot punya E merupakan "crowd control" yang paling berguna dalam sesuatu pertarungan. Ia hampir serupa dengan Ultimate Champion Vi, tetapi hanya "flipping" champion pihak lawan sahaja. 'Ability 'ini juga akan "stun" Champion tersebut selama beberapa saat.

R- Fear Beyond Death

Ultimate ini sebenarnya membuatkan Urgot sebagai salah sebuah Champion yang harus ditakuti. Pada "cast" yang pertama, urgot akan menandakan enemy tersebut. Sekiranya pihak itu kekurangan nyawa, Urgot boleh mengaktifkan semula R, menarik enemy ke arahnya dan dengan segera "executed". Menariknya, R yang kedua itu tidak akan boleh dinyahkan oleh apa-apa item atau 'ability'.

Kesimpulan

Jadi apa pendapat admin terhadap 'rework' ini ??? Jika ada skala 10 bintang, saya bagi 11 bintang kerana sudah menunggu terlalu lama untuk Champion ini untuk hidup semula. 'Ability' yang ada pada Urgot terdahulu, agak mustahil untuk menandingi Champion ADC yang semakin lama semakin kompleks dan memerlukan masa untuk menjadi mahir. Apa yang menarik, kesemua Champion yang dulunya dianggap sebagai 'troll pick' kini telah menerima segala 'rework' yang adil oleh pihak Riot seperti Poppy dan Yorick. Graves juga dah dapat kembali tembakau (cigar) beliau. Tiada lagi benda yang korang boleh lagi 'troll' Riot Games sebenarnya. Nampak kan kuasa pemain tu sangat besar pengaruhnya terhadap permainan League of Legends.

Rework dah dapat, cuma satu je lagi tak dapat. Bila agaknya Riot nak buat Star Guardian Urgot ni ? Hehe

Comments


Artikel lain:
Anivia
Ashe
Braum
Elise
Evelynn
Hecarim
Jayce
Kalista
Karthus
Lulu
Maokai
Mordekaiser
Thresh
Udyr
Vayne
Vladimir
Yasuo
Yorick
Zac
Info Ringkas

Liga Lagenda ditubuhkan oleh pemain-pemain League of Legends yang mempunyai minat yang mendalam dalam membincangkan isu-isu semasa dalam dunia esports.

Ketahui lebih lanjut >>

 

Sertai Kami !!!

Cari kami melalui #Tag

© 2017 oleh Liga Lagenda.

bottom of page