Champion ADC Terbaik untuk Dipilih !!!
- Geralt of N9
- Jul 26, 2017
- 5 min read

Pengenalan
Sesetengah Champions yang ada dalam League of Legends adalah lebih kuat atau ‘overpowered’ berbanding Champions yang lain.
Untuk kategori ‘Marksmen’ dan ‘Markswomen’ dalam LoL, atau lebih dikenali sebagai ‘Attack Damage Carry’ (ADC), ada beberapa Champions dalam kumpulan ini yang mampu membantu korang dalam memenangi beberapa perlawanan normal mahupun Ranked. Mereka terdiri daripada Champions yang berlandaskan kemampuan untuk menyerang lebih cepat seperti Kog’Maw, Vayne dan Tristana. Wujud juga ADC yang mampu memberikan ‘damage’ yang lebih tinggi pada awal perlawanan seperti Draven dan Jhin. Walaubagaimanapun, pilihan Champions ADC kali ini tidak terhad kerana META terkini membolehkan setiap pemain memilih ADC kegemaran mereka kerana hampir semuanya relevan untuk digunakan.
Senarai Champions ADC yang terbaik untuk digunakan dipengaruhi oleh beberapa factor. Ia kadang-kadang bergantung kepada peralihan META begitu juga dengan kadar penggunaan oleh setiap pemain, namun selalunya akan ada perubahan untuk menstabilkan untuk setiap Champions ini. Susah sebenarnya untuk mengenal pasti Champions paling popular untuk setiap bulan, jadi mari kami mudahkan kerja anda untuk mengenal pasti ADC terbaik untuk digunakan.
Di bawah ini ialah senarai ADC terbaik untuk Musim Ketujuh terutamanya dalam penggunaan ‘solo queue’.
Kelas Pertama
Champions dalam kelas ini merupakan yang paling terkuat mengikut META terkini, dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk korang ‘carry’ dalam perlawanan Ranked apabila menggunakan mereka.
Draaaaaven

Draven merupakan contoh terbaik untuk Champions ADC yang sentiasa mengungguli perlawanan ‘solo queue’. Pusingan kapak beliau berupaya memberikan ‘damage’ yang begitu banyak pada tahap awal, tambahan jika tiada koordinasi yang baik dalam pasukan musuh, Draven sebenarnya susah untuk ditewaskan. Oleh kerana beliau mampu untuk membuli pihak musuh di awal perlawanan, beliau boleh melakukan serangan dengan lebih banyak berbanding dengan ADC yang lain. Draven boleh memberikan ‘damage’ yang begitu kuat dan begitu berbahaya pada setiap tahap perlawanan. Beliau hanya perlukan beberapa ‘kills’ untuk membuat kemunculan semula jika pasukannya berada di ambang kekalahan.
Twitch

Twitch bukanlah Champion yang mempunyai ‘Damage Per Seconds’ yang tinggi daripada kesemua ADC yang ada, namun beliau merupakan ‘Raja Segala Pertarungan’. Ultimate Twitch merupakan ‘game-changer’ jika digunakan dengan baik, dan dengan adanya ‘buff’ yang kuat untuk ‘item’ seperti Blade of the Ruined King dan pengurangan kos untuk ‘item’ Zeal pada musim ini, ini merupakan medan pertarungan khas untuk Twitch.
Twitch hanya memerlukan ‘farming’ yang cukup untuk menyiapkan ‘item’ BotrK dan juga Runaan Hurricane untuk menjadi pemangsa yang digeruni, dan dengan adanya Doran Shield baharu dengan kemunculan Champion Support yang pasif, beliau mampu untuk ‘farming’ di bawah Menara (turret) tanpa sebarang masalah. Walaupun Twitch sebenarnya merupakan pilihan yang selamat, beliau mempunyai ‘damage’ yang cukup setelah kembali ke ‘base’ untuk kali pertama atau kedua untuk berlawan dalam situasi 2 vs 2. Perlu diingatkan Twitch memerlukan masa untuk betul-betul mahir, jadi pastikan korang semua berlatih dengan secukupnya sebelum mencuba memasuki pertarungan yang berisiko tinggi.
Tristana

Tristana merupakan salah sebuah ADC ‘hyper carry’ yang begitu menakutkan untuk masa kini, yang memerlukan kemahiran tinggi dan disertai dengan ‘skillsets’ yang lengkap. Status beliau kian menaik sepanjang sesebuah perlawanan, dan Tristana berupaya untuk menghancurkan barisan hadapan musuh terutamanya terhadap Champion yang lebih ‘tanky’ yang menjadi META terkini. Bukan saja beliau mampu untuk mendahului pihak musuh di ‘bottom lane’, malah beliau hampir sukar untuk ditewaskan. Kuasa utama Tristana dalam menghancurkan Menara (turret) tidak mampu ditandingi oleh sesiapa, yang menjadi sebab utama mengapa beliau menjadi pilihan terbaik walaupun begitu lemah pada minit awal permainan.
Kelas Kedua
ADC kedua terkuat ini memperlukan sedikit peruntukan masa dan latihan untuk bermain dengan baik, jika dilaksanakan dengan teratur, mereka boleh ‘carry’ sesuatu game untuk mencapai kemenangan.
Jhin

Status Jhin lebih cepat naik dan tinggi berbanding ‘marksman’ yang lain dalam LoL, dan segala ‘skillsets’ yang ada membolehkan beliau melakukan ‘damage’ tinggi sehingga terbeliak la mata korang, tau-tau je dah mati dengan Champion ala-ala Phantom of the Opera ni. Penggunaan ‘items’ untuk Jhin juga lebih fleksibel apabila pemain boleh memilih untuk menggunakan ‘items’ khas untuk ‘critical strike’ atau bermain META ‘lethality’. Ada dua cara bermain, pilih saja mana yang korang suka. Kelemahan paling ketara Jhin ialah kekurangan ‘skillshots’ untuk berlawan dengan Champion Tanks, jadi beliau lebih selamat digunakan jika pihak musuh menggunakan Champion yang lebih ‘soft’ atau ‘squishy’ ataupun rakan sepasukan menggunakan Malzahar di ‘mid lane’ untuk menjadi sebagai ‘tank-buster’ untuk Jhin.
Miss Fortune

Miss Fortune bagi admin merupakan Champion yang sangat membantu dalam ‘teamfight’ terutamanya dengan Ultimate beliau yang mampu memberikan ‘damage’ yang cukup untuk menghancurkan Champion Tank, lebih-lebih jika menggunakan ‘items’ Lethality. Sama seperti Draven, beliau mampu untuk ‘harass’ pihak musuh pada awal minit perlawanan yang sememangnya sukar untuk diatasi. Sebab utama mengapa Miss Fortune tidak dikategorikan dalam kelas pertama ialah kerana, tanpa penggunaan Lethality, beliau tidak mampu memberikan impak yang besar. Sebelum perubahan Lethality pada Patch 7.14, beliau tidak mempunyai prestasi yang baik.
Xayah

Xayah mempunyai pasif yang membolehkan ‘auto-attack’ beliau menembusi pihak musuh yang mampu memberikan korang peluang untuk ‘playmaking' untuk memenangi ‘teamfight’, dan untuk itu saja, beliau merupakan ADC yang kuat pada ‘late game’. Xayah menunjukkan segala kekuatan beliau dalam keseluruhan pertarungan melalui pasif yang dimilikinya, tambahan lagi Ultimate beliau amat berguna untuk mengelakkan serangan besar atau Ultimate pihak musuh. Kelemahan Xayah ialah beliau memerlukan Support ‘tanky’ untuk berjaya. Xayah memerlukan Champions Support yang berupaya untuk mengalihkan perhatian pihak musuh, dan ‘crowd-control’ yang besar supaya beliau mempunyai masa yang cukup untuk menyerang dan ‘set-up’ senjata utama. Beliau tidak akan mampu untuk menolong dalam pertarungan besar jika sebaliknya.
Kelas Ketiga
Ini merupakan pilihan yang menarik kerana Champions ADC dalam kelas ini sebenarnya tidak begitu kuat dalam META terkini, namun jika korang memang sudah lama mahir, korang masih mampu menggunakan ADC ini untuk memenangi sesuatu perlawanan. Memandangkan ia tidak mengikut META, maka korang akan ‘struggle’ sedikit ketika berlawan dengan pemain yang menggunakan Champion yang mengikut ‘trend’ semasa.
Caitlyn

Caitlyn merupakan ADC yang kuat dalam hampir setiap META yang ada kerana beliau mempunyai ‘range’ yang lebuh jauh dan mampu untuk menyerang pihak musuh dengan selamat tanpa perlu membahayakan diri sendiri. Beliau mempunyai peralatan baik untuk melepaskan diri dari musuh, disertai dengan Ultimate sebagai ‘finisher’. Caitlyn kekal kuat walaupun telah diberi ‘nerf’ terhadap status kelajuan menyerang beliau yang digabungkan dengan ‘items’ Runaan Hurricane. Beliau bukanlah pilihan utama lagi dalam LoL, tetapi tetap menjadi pilihan yang berguna kepada pemain yang gemar menggunakan ADC.
Lucian

Jika korang mencari ADC hanya untuk keseronokan semata-mata, maka Lucian adalah pilihan khas untuk korang. Dilengkapi dengan mobiliti tinggi dan peralatan yang membolehkan beliau memberikan tekanan terhadap pihak musuh. Fleksibel dengan apa jua ‘items’ di LoL, akan tetapi Lucian mempunyai ‘range’ pendek dan memerlukan kemahiran tinggi untuk dimainkan. Jika korang menggunakan Lucian namun tidak boleh bermain dengan baik, maka Champion ini akan menjadi tidak berguna. Jika korang tidak suka meluangkan masa yang lama untuk belajar sesebuah Champions, maka Lucian bukanlah pilihan yang tepat.
Vayne

Dengan kehadiran Tank META, tiada ADC yang lebih efektif dalam menghampuskan dominasi Champions Tank selain Vayne. Kemahiran beliau untuk ‘carry’ sesuatu game secara sendirian sebenarnya lebih menakutkan, dan Vayne yang baik sukar untuk dikalahkan. Sama seperti Xayah, beliau merupakan Champion yang sesuai untuk ‘late game’ dan ia susah dicapai sekiranya pihak musuh terlebih dahulu sudah ‘fat’ dan menghancurkan hampir kesuluruhan ‘base’. Beliau juga tidak begitu kuat pada awal perlawanan, yang menjadikan beliau tidak dipilih untuk menentang Champions ADC kuat seperti Draven, Caitlyn dan juga Lucian. Apa-apa pun Vayne tetap menjadi ADC pilihan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Comments