top of page

Ornn : Kisah Demigod Freljord Bahagian Ketiga !!!

  • Waghih
  • Sep 15, 2017
  • 6 min read

Sambungan daripada Bahagian Kedua

Salah seorang daripada kanak-kanak tersebut mengerutkan dahi kepada saya. “Jika Ornn telah banyak menabur bakti kepada dunia ini, kenapa hanya kamu sahaja yang tahu cerita mengenai beliau?” tanya kanak perempuan tersebut. Beliau merupakan gadis muda, namun telah menempuh pelbagai cabaran dan kesusahan pada usia yang awal.

“Ada satu lagi kisah yang akan menjawab pertanyaan kamu,” saya membalas. “Mahukah kamu mendengar kisah seterusnya?”

Wajah kanak-kanak nampak bersemangat, menandakan mereka bersedia untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Kini...

3 Beradik meminta tolong Champion Ornn

Identiti sebenar 3 beradik ini tidak didedahkan dalam kisah asal Champion Ornn Bahagian Ketiga ini. Namun jika kita melihat balik sejarah Freljord, 3 beradik yang pernah memimpin wilayah Freljord ialah Avarosa, Serylda dan Lissandra. Mereka hidup pada zaman awal pembentukan wilayah Freljord sehingga akhirnya berpecah kepada 3 puak berbeza pada zaman Freljord moden. Gambar berdasarkan daripada Fan Art.

Pernah sekali, 3 beradik perempuan meminta tolong daripada Ornn untuk menyelamatkan dunia mereka. Ornn, bagaimanapun, tidak berhasrat untuk menolong menyelamatkan dunia, tak kira di mana saja. Ada sebab peribadi mengapa beliau menolak, namun tidak didedahkan. Ia tetap tidak menghalang 3 beradik ini merantau siang dan malam semata-mata untuk mendapatkan pertolongan daripada demi-god Freljord ini.

“Ada suatu makhluk yang begitu hebat dalam menggunakan kuasa sihir, dan makhluk ini sedang memerhatikan puak kita,” kata Kakak Pertama. Beliau nampak begitu bersemangat untuk memerangi makhluk tersebut berdasarkan dari riak wajahnya. “Mereka mahu memusnahkan segalanya dan menakluki dunia ini!”

“Hmm, ini boleh mendatangkan masalah besar,” kata Ornn. Beliau tidak langsung melihat kepada 3 beradik itu kerana sedang sibuk bertukang.

“Jadi, adakah kamu akan berjuang bersama-sama dengan kami, dan gunakan kekuatan kamu untuk membunuh raksasa ini?”

Ornn mengerang. Ini menandakan “tidak”, sekaligus menamatkan terus sesuatu perbincangan. Isyarat ini difahami oleh semua orang. Jikalau korang mendengar Ornn mengerang, korang mesti berfikir bahawa adalah lebih bijak untuk Kakak Pertama ini untuk tidak melanjutkan perbincangan isu raksasa tersebut.

“Makhluk ini sentiasa menantikan tindakan kita yang seterusnya,” sambung Kakak Kedua pula. Kedengaran bunyi harapan dan kebijaksanaan daripada suara beliau. “Saya mahu meminta kamu untuk mengambil cangkul yang pernah kamu gunakan untuk membina terusan sungai, dan gunakan untuk menggali parit yang paling dalam di seluruh dunia. Dengan itu, kami boleh mengumpan raksasa ini ke dalam lubang parit ini, dan selesaikan segala permasalahan yang ada.”

Ornn sekali lagi mengerang. Kali ini ia menandakan “Saya akan gali lubang tersebut,” dan dengan itu setiap orang perlu berhenti bercakap serta-merta. Ini juga difahami oleh semua orang. Seperti biasa, adalah lebih bijak untuk Kakak Kedua meneruskan lagi kata-katanya.

Ornn kemudiannya menolong 3 beradik itu, menggali lubang parit yang begitu besar yang memenuhi hampir keseluruhan kawasan sekitar. Beliau juga bercadang untuk menggali suatu lubang sahaja, dan lokasi yang dicadangkan itu sudah cukup baik. Setelah Ornn selesai dengan penggalian lubang parit itu, beliau meninggalkan ketiga beradik itu tanpa sebarang kata, kerana beliau merasakan sudah bercakap banyak dengan mereka.

“Lubang ini sangat dalam,” kata Kakak Kedua. “Saya berharap agar ia cukup dalam.”

Angin bertiup daripada jurang parit yang baru saja digali dengan bunyi yang agak pelik, menandakan lubang tersebut adalah sangat dalam. Jika korang mendengar bunyi tersebut, sudah tentu korang fikir tiada sesiapa yang berani untuk mendaki ke bawah untuk mengukur kedalaman sebenar. Lokasi inilah yang dinamakan sebagai Howling Abyss, salah sebuah peta yang ada dalam League of Legends. Jika korang minat bermain mode All Range All Middle (ARAM) sudah pasti korang tau bagaimana keadaan sebenar di Howling Abyss.

Selang beberapa tahun kemudian, 3 beradik kembali menemui Ornn. Mereka kelihatan agak penat berlawan dengan raksasa yang ada di Howling Abyss.

Kali ini, Kakak Ketiga pula yang bersuara. Nafas beku beliau mengingatkan Ornn kepada musim sejuk dan kering, tidak lama dahulu. “Ornn, Pembina Segala Benda,” beliau memulakan perbincangan.

“Saya tidak bina semua benda,” Ornn merungut. Sekali lagi, dia tidak melihat kerana sibuk bertukang.

“Hanya sesetengah daripadanya.”

Kakak Ketiga meneruskan. “Kami datang untuk meminta satu pertolongan daripada kamu. Lubang yang kamu gali itu sangat dalam dan begitu lebar sehinggakan kami tidak berupaya untuk membina sebuah jambatan untuk menyeberang lubang parit tersebut. Ajarkan kami bagaimana mahu membina jambatan yang mampu bertahan lama, dan saya sendiri akan meneruskan kerja pembinaan tersebut.”

Daripada 3 beradik, hanya Lissandra iaitu Kakak Ketiga yang mahir dalam ilmu sihir. Beliau mempunyai agenda lain dengan pembinaan jambatan di Howling Abyss.

Riak wajah Ornn berubah. Beliau memandang mata Kakak Ketiga. Dia tidak percayakannya, kerana Kakak Ketiga ini mengamalkan ilmu sihir, dan sihir sentiasa menyebabkan benda yang kukuh menjadi lemah. “Ada banyak orang yang boleh membina jambatan tersebut. Pergi tanya mereka la.”

“Mereka tidak mampu membuat jambatan ini dengan jenis batu yang kami ada sekarang,” balas Kakak Ketiga. “Mereka mendakwa batu ini jatuh daripada langit, dan tidak bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki.” Beliau kemudiannya memberikan sebuah potongan batu yang berasal daripada bintang-bintang di langit.

Jika korang melihat batu bintang ini, hanya Ornn saja yang layak untuk menggunakan bahan ini untuk tujuan pembinaan, kerana batu istimewa susah untuk dibentukkan dan degil sama seperti Ornn. Ornn bersetuju, namun beliau mahu membina jambatan ini tanpa pertolongan daripada orang lain, dan mengambil batu bintang tersebut sebagai bayaran.

Kakak Ketiga itu memberikan batu tersebut kepada Ornn, dan beliau menggunakan bahan tersebut untuk mencipta peralatan yang akan digunakan untuk membuat jambatan.

Dengan peralatan itu, hanya peralatan itu sahaja, Ornn berjaya membina jambatan di Howling Abyss seperti yang dikehendaki oleh 3 beradik tersebut. Kakak Kedua merasa serba salah kerana Kakak Ketiga menipu Ornn – mereka sebenarnya tidak memerlukan jambatan tersebut. Dia bertanya kepada Ornn apakah peralatan yang digunakan olehnya.

“Saya gunakan batu ini kepada tukul besi,” balas Ornn. “Jadi saya akan panggil peralatan ini sebagai ‘tukul besi.’ Tiada apa yang perlu dikatakan lagi.”

Howling Abyss pada masa kini. Kelihatan jambatan yang dibina oleh Ornn ini sangat kukuh, namun penggunaan sihir oleh Kakak Ketiga menyebabkan jambatan ini mengalami proses pereputan.

Selepas Ornn beredar, Kakak Ketiga itu mula berjalan sambil meneliti panjang jambatan tersebut. Beliau kemudian membaca jampi sihir sepanjang berjalan di atas jambatan. Hasilnya, jambatan tersebut telah dilengkapi dengan penghadang untuk menutup jalan keluar bagi raksasa yang terperangkap di bawah Howling Abyss. Jika 3 beradik itu tidak melakukan jampi sihir, jambatan tersebut akan bertahan untuk selama-lamanya. Malangnya, jampi sihir ini sebaliknya akan menghakis batu jambatan secara perlahan-lahan. Memandangkan ia akan mengambil yang agak lama untuk terhakis, tiada siapa kisah akan perihal tersebut, dan 3 beradik tersebut bersumpah untuk berjumpa dengan Ornn lagi.

Pada masa yang sama, Ornn tidak suka terhadap orang lain yang meminta pertolongannya, dan beliau mencapakkan sekop beliau sejauh-jauhnya di ufuk barat. Di mana sekop ini mendarat, tiada siapa yang tahu, dan nasib peralatan lenyap dalam kegelapan.

Kemudian beliau berpaling kea rah timur dan mencampakkan garpu makan kegemaran beliau sejauh yang boleh. Ia mendarat di Lautan Besar (Great Sea). Ada yang berkata, Raja Ikan Duyung terjumpa garpu Ornn dan menggunakannya untuk memerintah kerajaan beliau.”

Ornn sudah bersedia untuk melontarkan tukul besi beliau di langit malam, tetapi tidak sanggup melakukannya dan bercadang untuk menyimpan tukul besi tersebut. Jika korang bertanya kepada Ornn, adakah tukul besi tersebut merupakan peralatan kesayangan beliau, Ornn akan marah korang kerana berfikir seperti budak kecil. Tapi dalam diam, Ornn lebih mengutamakan tukul besi itu daripada segala benda yang pernah dicipta oleh beliau.

Dalam banyak-banyak peralatan, tukul besi atau 'The Hammer' yang merupakan peralatan kegemaran untuk Champion Ornn.

***

“Sudah mahu subuh ni,” saya berkata kepada kanak-kanak tersebut. “Kita perlu berehat.”

Mereka mengeluh secara serentak dan merayu kepada saya untuk bercerita satu lagi kisah Ornn. Hanya satu je lagi.

“Hanya tinggal satu cerita mengenai Ornn,” saya memberitahu mereka. “Kita patut simpan untuk malam seterusnya…” Hanya apabila mereka berjanji untuk melakukan segala kerja rumah dan tidak mengadu penat, baru lah saya menyambung cerita tersebut.

AKAN BERSAMBUNG DI BAHAGIAN KEEMPAT

Inilah asal usul Howling Abyss, map ARAM yang korang selalu main tu haha. Selepas kisah Ornn, ada lagi pelbagai kisah nostalgik yang berlaku hanya di Howling Abyss. Di lokasi ini juga, perang 3 beradik berlaku kerana tiada kesefahaman ketika memerintah wilayah Freljord. Mereka kini berpecah dan terbahagi kepada 3 puak.

Lambang puak Avarosa.

Puak pertama dikenali sebagai Avarosan yan lebih mementingkan perdamaian sebagai metod utama untuk menyatukan seluruh Freljord. Daripada pembacaan di atas, admin merasakan Kakak Pertama dari ketiga beradik itu dikenali sebagai Avarosa. Cicit Avarosa yang kini mewarisi kepimpinan puak Avarosan ialah Champion Ashe.

Lambang Puak Winters Claw.

Puak kedua iaitu Winters Claw pula besar kemungkinan dipimpin oleh Kakak Kedua yang bernama Serylda. Mereka menjadikan kekuatan sebagai asas utama untuk menguasai Freljord. Fahaman ini hampir sama dengan metod yang digunapakai oleh kerajaan Noxus. Kini cicit Serylda iaitu Sejuani, memimpin puak ini.

Lambang Puak Frostguard.

Akhir sekali Kakak Ketiga ini admin merasakan beliau adalah Lissandra, kerana antara ketiga beradik ini hanya Lissandra saja yang pandai dalam menggunakan ilmu dan jampi sihir. Beliau sebenarnya yang membunuh Avarosa dan tiada sesiapa yang tahu mengenainya.

Lore Freljord ini sangat-sangat banyak, namun kisah Ornn ini pemula kepada segalanya terhadap tamadun Freljord.

Comments


Artikel lain:
Anivia
Ashe
Braum
Elise
Evelynn
Hecarim
Jayce
Kalista
Karthus
Lulu
Maokai
Mordekaiser
Thresh
Udyr
Vayne
Vladimir
Yasuo
Yorick
Zac
Info Ringkas

Liga Lagenda ditubuhkan oleh pemain-pemain League of Legends yang mempunyai minat yang mendalam dalam membincangkan isu-isu semasa dalam dunia esports.

Ketahui lebih lanjut >>

 

Sertai Kami !!!

Cari kami melalui #Tag

© 2017 oleh Liga Lagenda.

bottom of page